Saturday, 10 November 2012

Review: Steamboat @ Rosa Passadena Hotel, Cameron Highland

Kali ni , kami cuba makan steamboat kat Rosa Passadena
Lokasinya, tersorok sedikit di pekan brinchang

Tadaaa...ni isi steamboatnye:

Udang, kepah, ikan, ayam, sotong kembang, daging, tauhu, fish ball, dan segala jenis ball ada

Ni pinggan kedua, ada mee, bihun, telur, wantan dan sayur mayur..memang sedap!!

Lokasi: Hotel Rosa Passadena, Cameron (4.493687,101.388432)
Harga: RM25 per pax (minimum 2 pax) nett
Kesedapan: Boleh tahan, sos masam manis dia sedap. Kuah boleh dipilih, kuah biasa adalah sup ayam, kena tambah rm8 untuk kuah tomyam. Isi yang pelbagai membuatkan steamboat ni sedap berbanding biasa, Tambahan pula sejuk je kat CH ni, dapat steamboat memang terbaik!
Cuba lagi sekali?: Maybe...tak rugi kalau cuba sekali lagi...

Makan panas2 masa sejuk memang best!


Review: McDonald Spice & Ice

Disebabkan en hubby dah gelakkan sy sebab potong fringe
hari ni dipujuknya makan McD...nyummy 
terus jer sejuk hati..hehe

Kali ni nani xkan lepaskan peluang untuk makan (lagi) Spice  & Ice version ni

Lokasi: McD cawangan petronas bukit jalil
Harga: Rm12++ (with McValue meal)
Kesedapan: Tak terhingga. Perfect combination antara ayam pedas & float yang dingin jer...rasa nak makan banyak-banyak sampai puas..hehe
Cuba lagi sekali?: Haruslah, memang sangat sedap dan puas hati

Cubalah, mesti rasa tak rugi 

Fringe hair

Semalam lepas balik kerja
berkejar ke alamanda semata-mata nak potong fringe
Semangat ni, sanggup redah jammed semata-mata nak laksana hajat yang satu ni
Bila suami bagi kebenaran jer, terus zass

Mulanya nak ke Hairven
Tapi sokmo fully booked
Option lain nye, ke A look yang baru jer buka
Bila tanya, dia kata rm10 jer

Laju je dia potong
Masalahnya..masalahnya rupa jadi pelik & huduh lepas potong
hubby ketawa terbahak2..
sampai hati betul

Ikut ati nak je recut balik..sedih...


xnak dah buat peel mcm ni dah..menyesal

Friday, 9 November 2012

Kepingin nakkan baby

Tipulah kalau nani kata xnakkan baby
Dalam hati ni, meronta-ronta
Tiap hari doakan moga kami ada rezeki nak timang anak sendiri
Setiap hari makin matang. Makin belajar berfikir tentang kepentingan zuriat
Mungkin dah tiba masa untuk nani tingkat gandakan usahan untuk dapatkan anak

Salah satunya, kena turunkan berat badan.
Kalau diikutkan, badan nani lah penyebab utama yang boleh mengandung
Dr sahkan nani ada PCOS
semuanya gara2 tabiat yang suka sangat makan manis2..
Ya Tuhan, kurniakan kami zuriat..


Sakit Tulang Belakang

3 minggu yang lepas, nani terjatuh semasa kursus BTN
Boleh tahan kuat impaknya
Sampai ke hari ni, tulang belakang nani masih terasa sakit-sakit
harap sangat kesakitan ini akan redha

Pantang silap duduk, mesti tak selesa
Rasa nak nangis jer 

Rawatan pertama nani ambil kat Klinik Dahlia
Dr mengesahkan ada tulang rusuk yang patah
tulang rusuk yang lekat kepada tulang belakang

Rawatan kedua kat KPJ Kajang
Lepas buat MRI, Dr sahkan tulang tak patah
cuma Hematoma (pendarahan dalam kulit)

Syukur sangat2, sekurnangnya tak perlu nak susah hati.
Tapi rasa lenguh tak kurang
Perlu ke tak nani pergi check up lagi..risaunya..
yang menjadi isu skrg, adalah kos
Ct Scan sahaja dah rm600 ringgit...duit duit..di mana kau duit

Thursday, 8 November 2012

Review: Lexis Hotel, Port Dickson




Pada 18 Februari yang lepas kami menginap sini
Tujuan: Hilangkan tekanan kerja dan juga belajar
Tujuan paling tepat: Nak manja2 bersama tersayang :P

Lokasi: Lexis, Port Dickson
Length of stay: 2 hari 1 malam
Cost per night: rm280++
Type of room: Premium tower seaview

Kelebihan:
  • water challet nya yang sangat cantik
  • sunyi dari kesibukan jalan...dan jauh dari hotel lain (thistle, selesa etc etc)
  • pool yang mesra kanak2...ada air boleh main2..boleh guna pool kat grand lexis..takde hal
  • bath tub dia sangat cute dan boleh muat 2,3 orang sekaligus..shape dah macam jakuzi..tapi bukan..
  • bilik air super luas..tak pernah lagi jumpa bilik air sebesar ni...
  • decor bilik yang cantik...
  • tilam n bantal n empuk..haruslah untuk tido lena di waktu malam
  • boleh buat mcm2 aktiviti, dari main pool, cycling, fishing, karaoke..n mcm2 lagi
  • hotel tu sendiri dari luar dah nampak grand, saujana mata memandang kekdahnya..
Kelemahan:
  • Air laut kurang cantik..almaklumlah PD airnya bukan jernih pon
  • masuk bilik terus jumpa toilet, ada yang suke ada yang tak..
  • breakfast dia biasa2 aja..kan best kalau banyakkan lagi pilihan (mngada)
  • nak mandi swimming pool kena pakai swimming suit...selalunya memang gini kan..tp kan best kalau boleh terjun dengan baju biasa je
  • jauh sikit dari pekan..nak cari makan kena drive dalam 5-8km untuk cari kedai seafood yang best
In overall. hotel ni bagi kami worth for money lah bunyinya...bagi 4/5 

Pembedahan Tonsil


Sebelum aku lupa, baik aku buat catatan kat sini.
Berkenaan pengalaman aku, pertama kalinya masuk bilik bedah.Al maklumlah diri ni sekali pon tak pernah kena jahit, tengok jarum n benang jahit pon takut, inikan pula nak dibedah...ohh tidak..

semuanya bermula pada 8/1/2012. dari pagi lagi, aku dah tak sedap badan..tambahan pula tekak aku dah lain macam..pedih tak hengat!sah tonsil aku bengkak lagi kali ni..bersusah payah aku jaga tonsil ni dari bulan 10 2011...al maklumlah takut dengan bedah2 ni, so aku jaga tonsil ni molek2 tanak bengkak dah..

keesokan harinya, aku lawat Klinik mesra...dia tengok je tonsil aku, terus geleng kepala..mana taknya, dah bernanah bengkak teruk..demam aku masih rendah...dalam 37.6 macam tu...aku masih boleh bertahan..klinik mesra bagi antibiotik nama EES

10/1
demam aku makin teruk...panas bebenor..lain macam demam kali ni..teringat antibiotik augmentin yang Dr Roslan kasi year.Dr Roslan ni Pakar ENT kat KPJ damansara..aku rasa mahal bebenor nak g sana...paling tidak rm150 mesti melayang..jimat2...aku tak tahan, panas naik ke 38 celcius...aku minta hubby bawa ke Pusat Kesihatan UPM..dia bagi lagi antibiotik..kata Dr, antibiotik ni kuat...kuat dari EES..aku balik dan makan

11/1
demam aku makin mencanak naik..tak tahan...naik ke 39 degree...aku drive ke KPJ juga..mau tak mau kena jumpa Dr roslan juga..bila dah consult dengan dia, dia kata EES dan antibiotik yang PK bagi tu tak sesuai untuk tonsil ni..jenis mico ape tah dia sebut..dia bagi aku Augmentin...dalam masa sama, bebel2 sebab aku tak datang bulan 10 hari tu..dia kata ni lah akibatnya takmo dengar cakap dia...maklumlah penakot nak bedah, nak buat lagu mana!dia suruh datang minggu hadapan untuk bedah terus...tak perlu admit ward..makan je augmentin kat umah

12/1
panas badan aku naik lagi..kali ni nak mencecah 40 degree...aku dah tak tahan.asyik merengek2 kat hubby, yang aku sakit sangat badan...time ni rasa umpama nyawa dah nak melayang...sakit...lemah..semua cukup...dalam pukul 10 pagi, tiba2 napas aku naik turun..kaki dan tangan dah mula kebas2...ya Allah..tak dapat bayang macam mana perasaan time tu...terbayang2 sakarulmaut pon ada..aku terus call Dr Roslan..dia suruh cepat2 datang KPJ..apa2 pon aku kena admit ward untuk dia monitor..

hubby balik umah dah bawa aku ke damansara..lepas Dr roslan periksa aku, tonsil makin teruk bernanah..habis tak nampak rupa tonsil, semua putih nanah..sampai ke belakang tekak..bernanah...apa lagi kena tahan wad lah jawabnya.

lama juga procedure yang diambil untuk sahkan gurrenty letter dari insuran..lepas tunggu hampir sejam, KPJ terima GL dari pihak prudential..setel satu bab, katil pulak semua penuh..

aku x tahan...menggelar satu badan...nak bangun..duduk pon serba tak kena..aku tunggu kat area kecemasan..menunggu lah lagi sampai pukul 6.30 baru lah ada katil kosong..tu pon 4 bedded room..2 bedded dah penuh..lantak lah..asalkan aku boleh rehat...

masuk je wad, badan aku menggeletar..macam dmam kora....ish ape tak kena ni..time tu banyak2 baca doa..menggeletar bukan main lagi..shaking2 gitu..sampaikan misi nak masukkan jarum kat tangan pon susah..tobat aku tak tahan :(




En Suami, Peneman setia

Hari keesokannya, demam aku turun dengan drastiknya...omak ai..manja ye..nak juga masuk wad baru nak reda..dari 39.6 kepada 38...amboi2...paling tak tahan, masa lunch depa bagi lauk gulai ayam..mana lah aku boleh makan..sakit gile nak menelan..sebab pedas kan.aku mana tahan..duklah sorang2 mengenang nasib kat wad tu (ecewah!)

malam jumaat tu, hubby dan famili mertua datang dari kelantan..tetiba aku jadi sihat..semangat gamaknya...seronok pon ada..maklumlah org sakit ni mengada sikit..:P TQ sebab lawat..aku terus sihat..ngehngeh..hubby pon teman aku tido kat wad, sejak malam tu dan malam2 seterusnya..yeay dah ada teman :x

hari sabtu, macam biasa lepas makan ubat, mesti lalok je mata ni...Dr Roslan check, dia confirmkan yang aku dah boleh bedah hari isnin nanti..masa dia cakap nak bedah tu, jantung dupdapdupdap..duk merengek2 kat hubby, kata takut la..teringat cerita Awake..yang jessica alba berlakon tu..dia terjaga masa kena bius tu..ohh tidak...takut..takut..(penangan movie punye pasal lah ni!)



Hari isnin yang ditunggu dah tiba...nurse datang tolak troli..aku naik dan di bawa masuk ke bilik bedah...suami menanti di bilik menunggu..kejap je masuk ubat bius, aku dah lalok n hilang..kejap je rasa..tetiba aku dengar bunyi bising alat...badan berat sangat..aku gagahkan buka mata..terdengar suara staf kata dah boleh buka..aku tanya, dah siap ke bedahnye..dia kata dah...nurse tolak aku keluar..nampak hubby.aku terus senyum gembira..Alhamdulillah setel semua..

masuk wad..ummi & kak dilah sampai..aku tak tahan..muntah2...banyak pulak tu keluar..adui la..pening bius tak hilang lagi...aku rehat..Alhamdulillah dipermudahkan urusan...keesokannya dah boleh keluar wad..mama ayah pon mai dari kedah....aku duk umah ja berehat...terima kasih tak terhingga terutama hubby tersayang yang sanggup menjaga aku selama 6 hari kat wad..n juga keluarga aku & keluarga mertua yang byk membantu...